::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #D9D9D9; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #F2F5A9; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

Thursday

seram sejuk paRT twO



Kisah 1 :
Semasa sem 2, aku merupakan antara batch students yang pertama kena pindah ke asrama Bukit Kachi 2.. sebelum pindah pun dah dengar macam-macam cerita dari driver bas uum... tapi cerita yang paling famous ialah pasal perabot dalam bilik asrama (yang masa tu belum berpenghuni) yang dah siap diletakkan dalam bilik tapi 'dipindahkan semula ke luar'... nampak sangat ada yang tak suka orang nak pindah masuk tempat dia kan... huhuhu.. anyway, blok asrama aku ni bersebelahan dengan hutan dan bilik aku di tingkat 2.. ntah apa malangnya, dari sem awal sampai abis study pun, mmg aku sentiasa dapat bilik sorang... kekadang ada roomate tapi dia jenis suka lepak bilik kawan dia.. last2, terus pindah tido sana.. tinggal le aku sorang-sorang dalam bilik.. aku plak bukan jenis yang reti nak ajak kwn lain teman aku tido.. tapi kekawan aku suka datang lepak kat bilik aku sebab takde nak risau roomate terganggu dengan kekecohan kitorg dan sebab bilik aku bnyk stok makanan... hehehe.. masa final exam , si dayah dan ina raub merupakan antara tetamu tetap bilik aku.. sampai tengah malam kitorg study sekali tapi time nak tido, masing-masing nak balik tido kat bilik sendiri sebab kesiankan roomate yang takut nak tido sorang-sorang... satu malam, si ina raub tak join skali sesi study kami.. so, bila nak balik tu, dayah terpaksa la balik sorang-sorang... sebab kononnya nak short-cut, dia berjalan merentas gelanggang yang terletak di tengah-tengah blok asrama... time tu dah mmg tengah malam betul... dalam 1 pagi ada le kot... katanya, masa tengah berjalan tu, dia rasa ada benda yang terbang atas kepala dia.. dia apa lagi, lari tak cukup tanah la balik ke bilik dia... huhuhu.. lepas tu dia taubat tak mau balik dah lewat mcm tu..

Kisah 2 :
macam aku sebut tadi, aku stay sorang-sorang dalam bilik... kalo kekawan aku tak datang, aku study je la sorang-sorang... malas nak merayap sorang-sorang memalam... masa last subjek during my last sem, asrama tu dah memang sunyi skit sbb ada dah bebudak yang balik kampung... time tu, aku tengah pulun baca buku.. kebetulan meja study plak sebelah tingkap... tapi atas langkah keselamatan, aku tak le buka tingkap tu... siap tutup rapat dengan langsir lagi... dah banyak sgt dengar cerita psl ada yang datang menjenguk ikut tingkap.. tak kira la yang saja nak tanya khabar atau yang dtg jual kuih.. hehehe... getting on with my story, masa tengah pulun study tu, tetiba terdengar suara mengilai kat luar... memula dengar mcm dekat je.. so, aku buat tak tau je la coz orang tua kata kalo bunyi mcm dekat tu maknanya benda tu dok ada jauh dari kita tapi kalo bunyi jauh, benda tu plak memang ada dekat dah dengan kita... lama gak bunyi mcm tu sampai aku dok menyumpah dalam ati... ganggu aku betul la!! tapi tetiba bunyi tu dengar makin jauh plak... macam tau2 je aku baru lepas menyumpah dia... last2, aku naik tido atas katil, tarik selimut sampai ujung kepala... tapi sebab masih dok dengar gak bunyi tu, aku amik bantal tekap kat telinga.. tak tahan dengar bunyi mengilai tu.. last2, bila sedar balik dah pagi... nasib baik la dia tak temankan aku tido dalam bilik tu.. huhuhu..

Kisah 3 :
bagi ex-uum, mesti korang ingat bas mara putih buruk yang students naik untuk keluar ke changlun/jitra/a.setar...masa awal2 dulu, bas ni jenis yang takde aircond.. kena buka tingkap kalo tak nak rasa macam dok dlm oven!! biasanya aku naik bas ni dekat depan DK1.. lepas tu bas ni akan round semua kolej untuk amik penumpang... sekali tu, time tengahari rembang, lepas abis amik penumpang kat kolej yang dekat dgn padang golf tu, bas ni macam biasa akan lalu tepi padang golf dan juga hutan kecil... masa lalu hutan ni, aku ternampak sorang pompuan berbaju putih duduk atas dahan pokok sambil menyisir rambut dia.. tergamam jap aku dibuatnya... aku cuba jengah balik ke arah tu sambil pikir 'manusia ke hantu ni?'... tapi walaupun aku nampak dahan tu, bayang pompuan tu dah takde atas dahan tu... kalo ikut logik pun, mana ada budak pompuan nak buat keja gila duduk atas pokok dengan baju mengerbang macam tu... memang terer betul budak tu kalo dapat panjat pokok yang tinggi tu dengan baju macam tu.. huhuhu..

Kisah 4 :
Ni bukan pengalaman aku tapi sepupu aku yang kebetulan senior aku di UUM... dia dulu stay di kolej pewaja (kalo tak silap aku la).. kisahnya, satu malam tu dua orang kawan dia decide untuk nak tido di bilik dia yang terletak di tingkat atas skali..so diorang berempat (termasuk dengan roomate sepupu) pun kembarkan dua katil single tu untuk nak tido... ni kes ada yang tak mau ngalah tido atas lantai le ni gamaknya.. hehehe.. elok je tutup lampu dan tarik selimut, sepupu aku dah terasa ada yang tak kena... dia rasa mcm ada yg memerhatikan diorg tido.. tapi sebab dia ni jenis kuat semangat, dia buat tak tau la... tapi kwn2 dia plak pun rasa benda yang sama.. then ada yang ternampak ada pompuan hodoh bertenggek di hujung kaki diorg.. siap bau busuk mcm bangkai lagi... apa lagi, masing2 lari lintang pukang la.. tak pasal2 kena tumpang tido kat bilik orang lain... bila dia balik ke bilik pagi tu, bau busuk tu still ada skit lagi sebelum beransur hilang terus.. disebabkan dia jenis kuat semangat, dia tetap selamba duduk di bilik tu sampai abis sem.. kekwn dia plak ada yang demam seminggu lps insiden tu.. huhuhu...

seram!! hantu!! UUM





" Cerita ni diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. "


kisah 2 - mehan
"Ada sebuah bas ronda pagi-pagi tanpa pemandu, bas tu sangat buruk, tiada berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka."


kisah 3 - seroja23
"cter pasal bus ni ada betulnya..kalau terdengar bunyi bas kul 3 pagi maybe tu la dia bas yg xde driver tu. tp kadang2 jgn confuse lak ngn bas jelita. aku selalu je dgr bunyi bas time2 cm tu. selalu buat2 xtau je. ada sorg kawan aku blok f siap p jengok lagi bas tu time intersesi. apa lagi, xleh tdo malam, 2 malam pas tu. katil dia kena goncang n selalu kena kacau." 

"aku pernah ber roomate dgn seorg yg background family dia ada saka. secara x langsung dia pon ada sekali la. dlm bilik kitorg tu mcm2 dia leh nampak. pompuan rambut panjang menggerbang ujung katil aku la, pompuan buruk jengah dlm bilik la, org dok jengok dia tgh sidai kain depan bilik la, huhuhu..kadang2 time org tgh ramai dlm bilik pon kawan aku leh nampak benda tu lalu lalang. sabo je la. roomate au cuma akan bagi tau aku keesokannya hari tu. sebab dia xnk aku takot. huhuhu.. "


kisah 4 - ridz09
"teringat masa duduk uum dulu... kalau tak silap duduk asrama yg paling tinggi dan paling jauh, dah tak ingat nama apa, mlm tu pegi la kat public phone tepi tangga, bersebelahan tu bukit, mmg tersorok skit, pegi sorang diri je sbb nak telefon mak, nak bagitahu kat mak nak balikkkkkk....bila pegi kat public phone tu dah ada org bergayut....lame sangat, boring tunggu sy naik la kat bilik, dah la lewat dah...kak senior yg sebilik tanya pegi mane, sy bagitau dia kata nak telefon tapi dah ada org, kakak tu bagitau berhati2 sikit sbb dah ada peristiwa yg kwn dia nak telefon kat public phone tu la, dah ada org, punya la lama tunggu, tiba2 duit syiling dia terjatuh, mungkin dah lenguh sgt pegang segenggam duit syiling tu, dia pun kutip la duit tu, bila dia tunduk je...mak oiiii, perempuan yg sedang bergayut tu takde kaki.....berdesup dia naik ke bilik, seminggu jugak la demam"

kisah 5 - one_8482
"ceta yang pasal bas tu aku penah tgk..bas dia bunyi mengalahkan kapal terbang.kuat gile..laju ni xyah cakap la.kalau ada bumper pon dia x slow.redah ja. tapi setiap bus stop bas tu mst stop and pintu bas terbuka.xda pon org turun..pastu bas tu gerak ke hentian lain lak.."

"aku penah dengaq ceta pensyarah kena kacau time wat kelas malam.. sorang pensyarah ni wat kelas malam. bila dia start kelas x sampai 15 minit, dia cakap kelas dah tamat.so bebudak pon heran la.pensyarah tu suh budak2 cepat balik.esoknyer time kelas bebudak tanya la kat si pensyarah ni napa kelas kejap bebeno semalam. so si pensyarah ni pon ceta r kata dia nampak askar2 jepon dok beratur panjang kat belakang bebudak 2.."


kisah 6 - mehan
"Dalam sebuah Dewan kuliah yang besar tapi student tak berapa ramai, seorang lecturer wanita masuk mengajar permulaan satu bab, memberi penerangan dan student sume pun concentrate mendengar dan amik notes. Tiba-tiba je waktu masih tengah mengajar, lecturer tu stop sekejap, lepas tu dia kata " Sorry class, saya rasa agak kurang sihat malam ni, apa kata kita tangguhkan kelas awal malam ni. Kita jumpa next class, semua boleh bersurai, sekian, terima kasih". Apa lagi semua pun baliklah sebab lecturer dah cakap macam tu. So, lepas beberapa hari ada student yang datang jumpa lecturer tu dan tanya "Puan, hari tu waktu kelas malam tu puan tamatkan sebab puan nampak sesuatu dalam kelas kan?" kata student tu. "Eh, macam mana awak tahu? Ingatkan saya sorg yg nmpk" balas lecturer tu. "Ada juga beberapa org yg nampak malam tu, tapi kami diam sahaja takut jadi kecoh" kata student lagi."

"Sebenarnya semasa mula mengajar malam tu kelas memang tak berapa penuh, jadi banyak kerusi yang kosong... jadi lecturer yg mengajar akan dapat lihat setiap student dia, waktu itulah lecturer ni tiba-tiba terperasan ada sorg "student wanita" yg tiba-tiba muncul di tempat duduk paling belakang. Tapi wajahnya tak jelas sbb jauh cuma kelihatan berbaju kurung putih dan berambut paras bahu. Tapi sekelip mata bila lecturer ni menoleh lagi, susuk student ni beralih ke tempat duduk depan pula, makin lama lecturer menoleh dan perhati kedudukan gadis ni makin ke depan, makin depan, semuanya berlaku sekelip mata. Jadi tatkala lembaga ni dah hampir sampai ke ruang depan kuliah...Terus lecturer ni tangguhkan kuliah malam tu utk elak kejadian2 yang lebih menyeramkan berlaku. Dia beranggapan hanya dia seorang yang nampak lembaga wanita berbaju putih tu tapi rupanya segelintir students dia pun rupanya nampak."


kisah 7 - kupu2siang
"ni yg berlaku tahun 90-91 kan? aku 1st batch uum sintok...mula2 sintok dibuka...time ni mang ada kapal terbang yg terhempas...tak pasti lak pasal nak tunjuk kat awek dia ke apa...yg pasti memang mangsa wat latihan la kat situ..diberitakan sepatutnya pesawat latihan tu terhempas kat kafe kolej yg berdekatan tu...kafe tu memang tempat tuju students makan2 dulu...paling ramai...tapi ada tiba2 ada yg nampak pesawat mcm wat ala2 korner baring gitu tu yg sangkut kat kolej tu...lepas dpd tu tak ramai berani balik mlm2 lalu kolej tu...sbb ada yg pnh ternampak ada makhluk ala2 rentong kat atap kolej tu.."


kisah 8 - mnaa
"Ni kene kat kolej yang laluan B ujung2 lak. Masa aku first year uni tetibe blok tu diaorg bg kat pompuan, tak tau apsal. Yg syoknya masa aku dengar kawan aku (pompuan) cite aku duduk betul2 level blok tu, cume lain wing jer..bayanggggkannn. Cite ni dari one of our matriculation's classmates yang duduk situ betul2 one semester before that la. Citenyer kawan aku ni dok studi, roomate dia dah tido. Meja studi mengadap tingkap.. terbuka jerla. Masa tu dalam kul 2 pagi kot, then ada sorang makcik kat luar tingkap dok sapu sampah tegur dia.. 'Study ker?' . Kawan aku ni pon jawab la.. ' A'ah study makcik'.. dia biar jerlah.. then tetibe baru dia teringat, dia dok tingkat 4 (paling atas mebi 3 atau 4), camne ade makcik lak leh sapu sampah kat luar.. terus dia bangun, tutup langsir.. yang heran dia leh keluar bilik gi bilik kawan dia sebelah, tinggal housemate dia yang tido sorang2.."


kisah 9 - peghelih
"Aku dok sana matrix 93-95, degree 95-98... Cerita nie time aku final year kat Proton hujung '97...sorang member aku nie budak Ganu...tiket bas dia lambat skit datenya, so terpaksa la dok kat kolej 2-3 hari lepas exam...biasa la, time2 tu skit ja student yg ada kat blok2 kolej...malam before dia nak balik, member aku nie ajak la sorang budak teman..borak2 punya borak, last2 tertidoq...then, tetiba member aku terjaga..dia tidoq mengadap dinding time tu..yg herannya lampu meja study terbuka walhal dah tutup sebelum tu...then, terdengaq buku diselak dengan kuat & semakin lama semakin cepat...member aku tanya la kot2 kawan dia tgh belek majalah ka, tapi tak dak jawapan...panik dah, tapi tak berani nak beralih...tetiba terdengaq mcm ada orang berulang-alik berjalan dari tingkap ke pintu..makin lama makin laju...berpeluh dah member aku nie....last2, dia terasa ada benda mai tidoq rapat ngan dia sampai terasa kat belakang badan...member aku kata time tu punya la lencun berpeluh, terkumat kamit baca macam2, nak beralih takut terpengsan plak nanti..lastly, macam mana dia boleh tertidoq gak tgh takut camtu pun dia tak tau...terjaga pagi esoknya, kalut2 dia pi bilik member yg teman dia semalam...tgk2 kawan tu habaq yg dia dah balik bilik bila tgk member aku nie dah tidoq..start dari sem depan, dia dah tak berani tido sorang2 dah.."


kisah 10 - katak ungu
"Kolej petronas... 3 tahun aku dok situ, kat aras atas sekali..takdelah tinggi sangat...aras 4 je...mmg hobi aku n kawan aku dok dengar kisah seram kat radio...tak silap aku DJ yang kendalikan tu Isma Halil Hamzah kot... tido dalam 2-3 pagi mmg biasa (pastu ponteng kelas kul 8 pagi pon biasa jugak)... malam tu mmg malas nak balik bilik tido...dari lepak bilik kawan terus tido kat situ terus.... tibe2 ada bunyik macam benda berat yang amat (macam benda jatuh) dari atas....roomate kawan aku selamba je cakap... "tu mesti keje orang atas...mesin basuh ke ape yang jatuh"...aku dah mula kompius....cepat je mulut aku tanya.. "bukan kita ke dok kat atas sekali sekarang ni?" terus roomate aku melompat dari katil dia ke katil kawan aku..... (masa tu 2 katil dalam satu bilik)..tak tau nak cakap emosi aku time tu..takut ke nak gelak..."


kisah 11 - norzyy
"it was 13 years ago... tahun 1997. 1st year kat UUM. stay kolej telekom tp suka merayap tido bilik member. satu hari tidur kat perwaja. kami 4 org masa tu. borak2 sampai le pukul 2-3 pagi. bila mata dah ngantuk...ingat nak pi toilet le dulu baru tido. kebetulan semuanya nak pi toilet. ok la 4 org kan...kekononnya nak hilangkan rasa takut.. bila aku buka je pintu bilik....baru je aku nak meyarung seliper jepun aku terpandang ada satu lembaga kat beranda toilet. rambut panjang...tengah punggah tong sampah RENTOKIL a.k.a tong sampah pad. terkedu aku kejap... dah keras kejung aku depan pintu. ada la kawan aku ni tegur...."eh cepat la..kata nak gi toilet. yg ko terpacak je ni apahal?"elok habih je ayat kawan aku tu...aku terus masuk bilik..tutup pintu... lompat atas katil. ketiga-tiga member aku tercengang. ada sorang member aku ni dah boleh sense something...dia tanya aku "ko nampak apa2 ke?aku cuma balas " tak yah gi lah toilet. kita tido je"......member2 aku tanpa ckp byk...terus diam...and kami terus zzzzzzzz"


kisah 12 - wanida
"kat kolej telekom tu....terjadi pada kawan aku ..minggu exam jgk...dia stay up...roomate dia tido....meja study dia sebelah tingkap....ms dok study...dia dgr tingkap diketuk....mula2 dia ingat cam angin ja....tp makin lama makin kuat...dia pelik siapa nak ketuk tingkap sbb dia duduk tingkat paling atas....dia terpandang pintu almari bercermin yg terbuka mengadap tingkap tu....dia nampak benda terbang di luaq....dia terus bangun n tido atas katil.....dia dah menggigil atas katil cuba panggil roomate dia tp suara xkuaq,tiba2 dia dengar org ketuk pintu...dia tunggu org bagi salam dulu...tp xdak...dia pun diam sambil tarik selimut.....dia berselubung terus......pintu asyik diketuk....dia xbagi respon...tiba2 dgr suara...."cu,buka la pintu...nenek tau cucu tak tido lagi....buka la...."kwn aku terus tutup telinga n baca surah2....sampai la pagi....dia demam lama juga.....huhuh"


kisah 13 - sya
"sya grad 2002...time 2000 kalau x silap mg dah dgr citer yg pjanjian antara jin asal kt uum tue dah tamat....so jin2 nie semua majoriti dah blk ke uum tue....yg jd kesnyer ader 1 mlm tue...1 budak kt laluan B ader 1 girl nie kena rasuk....girl nie katanyer social ler...suka kuar dating ggatal ngan bf dia memalam...so antu nie pun rasuk dia...antu yg rasuk dia nie antu ppuan n baik..dia rasuk budak ppuan nie coz nk bg warning....time pgl org berubat br ler jin nie gtau...dia gtau dia rasuk ppuan tue coz dia nk warning ppuan tue supaya jg tingkah laku...jgn social bkepit ngan jantan mlm kat tempat sunyi2...jgn kuar bdua2 gitu ler...dia kata 'depa' x suka...pas tue dia warning lg ..dia kata dlm kumpulan depa ader 1 'laki' mmg dah nak buat pedajal kt budak uum nie coz gatai laki ppuan social nie...dia dah gtau nak p merasuk semua..that's y antu ppuan yg merasuk nie masuk bdn ppuan tue n gtau...dia pesan semua budak uum kena jg attitude gitu ler..klu still x reti jg..yg' laki ' nie dah get ready nk kacau"


kisah 14 - keozukie_azuma
"aq duk kat bukit kachi kat dpp sme bank bukit kachi 2... aq skrg ni sem 3 lah... first aq kena masa kedah banjir tahun lalu... banyak student balik kan.. aq nak balik jauh kot kat sabah. so aq stay lah kat uum.. aq duk kat blok 16f bilik aq kena kat wing hutan... dah 2 ada satu malam ni kat floor aq 2 cuma aq ngan sorg lagi mmber aq dak sabah. tapi bilik kitaorg mmg jauh lah. malam 2 aq ngah stay up on9 biasalah bila x ramai on9 wifi pun kuatlah... dah 2 dalam jam 12 malam, aq dengar bunyi pompuan menangis kat luar tingkap aq.. bilik aq tingkat 4.. aq terkejut terus aq pindah duk kat atas katil aq... masa 2 roomate aq xder balik pahang.. aq sorg jer... aq xsempat nak off laptop aq... dah 2 bunyi pompuan menangis 2 makin kuat... aq dah cuak dah mmg takut..tiba2 dari menangis bunyi mengilai pulak sambil cakar tingkap bilik aq.. mmg dah takut sgt 2... dah 2 aq call ayah aq... dia dgr sore aq dah semacam.. aq ingat ayah aq x dgr apa2 tapi dia dengar bunyi mengilai selang-seli ngan bunyi pompuan menangis.. aq x letak fon kot... setengah jam juga aq kena kacu 2.. dah2 bila aq x dengar bunyi 2 lagi aq p laptop aq pasang surah yassin kuat2... "


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tu dia... bnyaknya cerita 
yang last sekali tu dekat sngat dengan kolej kediaman aq
hehehehheeee





aq post semua nie bukanlah nak menakutkan korang semua
just nak kongsikan pengalaman
senior2 n student2 y still belajar di UUM nie


cerita yang penah aq dengaq
tentang perjanjian seroang ustaz dgn jin2 kat UUM nie
makluk2 yang selalu kacau student
maklumla... tapak UUM nie dulu laluan askar jepun
ada pulak y kata ramai kna bunuh di sintok nie dulu kala
ustaz tu pindahkan semua makhluk halus guna bas
bawa pergi buang kat mana xtau la
driver bas tu dipesan supaya bawa je bas tu
xboleh toleh blakang...
dalam 5 biji bas tu nampak kosong...
tapi dari apa yang driver bas cakap
diorang rasa bas tu sangat la berat...




kisah 2! jangan tak abis baca!!



cerita dari member2 lain...katanya ada hantu nama dang wangi...jadik hantu sebab bunuh diri...then bilik tu lama tertutup tapi dah dibuka...so suka ganggu org sana sini...lebih time periksa

budak lelaki block A kolej aku kena rasuk...tapi yg best dia boleh cakap cina lepas tu ...

antara tempat yg keras kat UUM adalah kat hutan sintok, kat tasik guthrie ngan depan klinik...banyak kemalangan berlaku kat situ

dan baru aku tahu bila aku terbaca kat satu website ni...rupanya kolej aku P...tu ada kes dulu..

"Satu cerita yang menyeramkan berlaku di Kolej Ke-3 Kolej Pernas. Semasa uum dalam pembinaan, kawasan ni menjadi tempat latihan Pilatus TUDM. Salah sebuah kapalterbang pilatus terhempas ti sebuah Blok di Kolej Pernas yang mengorbankan pemandu tersebut. Menurut cerita bilik tu rosak teruk akibat rempuhan kapalterbang tersebut. Sekarang bilik tu dikosongkan kerana terdapat gangguan dan ramai orang takut untuk duduk di bilik tu. "

p/s bilik mana nih...siapa tahu???? aku pernah duk block C dan D jer, aku tak pernah tahu cerita tu...betuiker kolej pernas dlm keadaan uzur sekarang ni retak nak tunggu roboh?

cerita lain aku coppy dan paste :

1.

Cerita seram kat Sintok ada banyak. Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Cerita pertama diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku. Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu Cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate ialah orang betui.




2.

Kata orang ada sebatang pokok besar kat tepi tasik berhampiran dengan Dewan MAS. Pokok tu tak boleh ditebang sebab bila didekatkan dengan gergaji rantai tiba-tiba enjinnya mati. Kemudian bila dihidupkan semula, ia hidup balik. Bila didekatkan ke pokok tu, ianya mati balik. Bila digunakan gergaji sorong tarik, gergaji tu patah. Lepas tu mereka pun buat keputusan tak jadi tebang pokok tu dan ianya disimpan untuk dibuat perhiasan.
3.

Ada cerita semasa orientasi (minggu suaikenal) degree program. Masa tu bas disediakan untuk mengangkut budak ke Dewan MAS untuk dengar ceramah motivasi dan kaunseling. Namun bas yang disediakan selalu penuh sebab budak ramai. Oleh itu ramai ambil keputusan untuk berjalan pulang. Diceritakan sekumpulan budak perempuan berjalan berhampiran pokok besar di tepi tasik. Tiba-tiba mereka terlihat mayat berbungkus (pocong) melintas. Pocong tu melompat sebanyak tiga kali. Selepas tu terus hilang. Mereka pun begitu takut sekali.


puas ke?






hahahaha!!! happi siot aku ary nim! pandai kaw siot! oke2 1st aku add kaw tino garik! pahtu kaw letak 150 juta gambar kaw. and tanak kasi aku tengok? tapi ade aku kesah sal tu? tapi skrunk ade haty kaw nak bebual dengan aku? huahua kaw igat aku tak taw yang kaw dah remove aku? agak2 ar wei. aku bukannya luak pun nak tengok gambar kaw. laen lah natang2 orang2 laen. aku specific! tak mcam kaw. giler fames! whateve lah buddy! kalau kaw dah cakap camtu takan aku nak kejor kaw lak kan! asal kaw bahagia old frens. aku tak kesah sikit pun!! blah ah..