"
Cerita ni diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej
Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Pada suatu hari apabila
budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya
menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang
memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan
perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. Bila diceritakan kepada
orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang
tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila
dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya
tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. "
kisah
2 - mehan
"Ada
sebuah bas ronda pagi-pagi tanpa pemandu, bas tu sangat buruk, tiada berlampu,
akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam
sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas
yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi
pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman
sebelum Merdeka."
kisah
3 - seroja23
"cter
pasal bus ni ada betulnya..kalau terdengar bunyi bas kul 3 pagi maybe tu la dia
bas yg xde driver tu. tp kadang2 jgn confuse lak ngn bas jelita. aku selalu je
dgr bunyi bas time2 cm tu. selalu buat2 xtau je. ada sorg kawan aku blok f siap
p jengok lagi bas tu time intersesi. apa lagi, xleh tdo malam, 2 malam pas tu.
katil dia kena goncang n selalu kena kacau."
"aku
pernah ber roomate dgn seorg yg background family dia ada saka. secara x
langsung dia pon ada sekali la. dlm bilik kitorg tu mcm2 dia leh nampak.
pompuan rambut panjang menggerbang ujung katil aku la, pompuan buruk jengah dlm
bilik la, org dok jengok dia tgh sidai kain depan bilik la, huhuhu..kadang2
time org tgh ramai dlm bilik pon kawan aku leh nampak benda tu lalu lalang.
sabo je la. roomate au cuma akan bagi tau aku keesokannya hari tu. sebab dia
xnk aku takot. huhuhu.. "
kisah
4 - ridz09
"teringat
masa duduk uum dulu... kalau tak silap duduk asrama yg paling tinggi dan paling
jauh, dah tak ingat nama apa, mlm tu pegi la kat public phone tepi tangga,
bersebelahan tu bukit, mmg tersorok skit, pegi sorang diri je sbb nak telefon
mak, nak bagitahu kat mak nak balikkkkkk....bila pegi kat public phone tu dah
ada org bergayut....lame sangat, boring tunggu sy naik la kat bilik, dah la
lewat dah...kak senior yg sebilik tanya pegi mane, sy bagitau dia kata nak
telefon tapi dah ada org, kakak tu bagitau berhati2 sikit sbb dah ada peristiwa
yg kwn dia nak telefon kat public phone tu la, dah ada org, punya la lama
tunggu, tiba2 duit syiling dia terjatuh, mungkin dah lenguh sgt pegang
segenggam duit syiling tu, dia pun kutip la duit tu, bila dia tunduk je...mak
oiiii, perempuan yg sedang bergayut tu takde kaki.....berdesup dia naik ke
bilik, seminggu jugak la demam"
kisah
5 - one_8482
"ceta
yang pasal bas tu aku penah tgk..bas dia bunyi mengalahkan kapal terbang.kuat
gile..laju ni xyah cakap la.kalau ada bumper pon dia x slow.redah ja. tapi
setiap bus stop bas tu mst stop and pintu bas terbuka.xda pon org turun..pastu
bas tu gerak ke hentian lain lak.."
"aku
penah dengaq ceta pensyarah kena kacau time wat kelas malam.. sorang pensyarah
ni wat kelas malam. bila dia start kelas x sampai 15 minit, dia cakap kelas dah
tamat.so bebudak pon heran la.pensyarah tu suh budak2 cepat balik.esoknyer time
kelas bebudak tanya la kat si pensyarah ni napa kelas kejap bebeno semalam. so
si pensyarah ni pon ceta r kata dia nampak askar2 jepon dok beratur panjang kat
belakang bebudak 2.."
kisah
6 - mehan
"Dalam
sebuah Dewan kuliah yang besar tapi student tak berapa ramai, seorang lecturer
wanita masuk mengajar permulaan satu bab, memberi penerangan dan student sume
pun concentrate mendengar dan amik notes. Tiba-tiba je waktu masih tengah
mengajar, lecturer tu stop sekejap, lepas tu dia kata " Sorry class, saya
rasa agak kurang sihat malam ni, apa kata kita tangguhkan kelas awal malam ni.
Kita jumpa next class, semua boleh bersurai, sekian, terima kasih". Apa
lagi semua pun baliklah sebab lecturer dah cakap macam tu. So, lepas beberapa
hari ada student yang datang jumpa lecturer tu dan tanya "Puan, hari tu
waktu kelas malam tu puan tamatkan sebab puan nampak sesuatu dalam kelas
kan?" kata student tu. "Eh, macam mana awak tahu? Ingatkan saya sorg
yg nmpk" balas lecturer tu. "Ada juga beberapa org yg nampak malam
tu, tapi kami diam sahaja takut jadi kecoh" kata student lagi."
"Sebenarnya
semasa mula mengajar malam tu kelas memang tak berapa penuh, jadi banyak kerusi
yang kosong... jadi lecturer yg mengajar akan dapat lihat setiap student dia,
waktu itulah lecturer ni tiba-tiba terperasan ada sorg "student wanita"
yg tiba-tiba muncul di tempat duduk paling belakang. Tapi wajahnya tak jelas
sbb jauh cuma kelihatan berbaju kurung putih dan berambut paras bahu. Tapi
sekelip mata bila lecturer ni menoleh lagi, susuk student ni beralih ke tempat
duduk depan pula, makin lama lecturer menoleh dan perhati kedudukan gadis ni
makin ke depan, makin depan, semuanya berlaku sekelip mata. Jadi tatkala
lembaga ni dah hampir sampai ke ruang depan kuliah...Terus lecturer ni
tangguhkan kuliah malam tu utk elak kejadian2 yang lebih menyeramkan berlaku.
Dia beranggapan hanya dia seorang yang nampak lembaga wanita berbaju putih tu
tapi rupanya segelintir students dia pun rupanya nampak."
kisah
7 - kupu2siang
"ni
yg berlaku tahun 90-91 kan? aku 1st batch uum sintok...mula2 sintok
dibuka...time ni mang ada kapal terbang yg terhempas...tak pasti lak pasal nak
tunjuk kat awek dia ke apa...yg pasti memang mangsa wat latihan la kat
situ..diberitakan sepatutnya pesawat latihan tu terhempas kat kafe kolej yg
berdekatan tu...kafe tu memang tempat tuju students makan2 dulu...paling
ramai...tapi ada tiba2 ada yg nampak pesawat mcm wat ala2 korner baring gitu tu
yg sangkut kat kolej tu...lepas dpd tu tak ramai berani balik mlm2 lalu kolej
tu...sbb ada yg pnh ternampak ada makhluk ala2 rentong kat atap kolej
tu.."
kisah
8 - mnaa
"Ni
kene kat kolej yang laluan B ujung2 lak. Masa aku first year uni tetibe blok tu
diaorg bg kat pompuan, tak tau apsal. Yg syoknya masa aku dengar kawan aku
(pompuan) cite aku duduk betul2 level blok tu, cume lain wing
jer..bayanggggkannn. Cite ni dari one of our matriculation's classmates yang
duduk situ betul2 one semester before that la. Citenyer kawan aku ni dok studi,
roomate dia dah tido. Meja studi mengadap tingkap.. terbuka jerla. Masa tu
dalam kul 2 pagi kot, then ada sorang makcik kat luar tingkap dok sapu sampah
tegur dia.. 'Study ker?' . Kawan aku ni pon jawab la.. ' A'ah study makcik'..
dia biar jerlah.. then tetibe baru dia teringat, dia dok tingkat 4 (paling atas
mebi 3 atau 4), camne ade makcik lak leh sapu sampah kat luar.. terus dia
bangun, tutup langsir.. yang heran dia leh keluar bilik gi bilik kawan dia
sebelah, tinggal housemate dia yang tido sorang2.."
kisah
9 - peghelih
"Aku
dok sana matrix 93-95, degree 95-98... Cerita nie time aku final year kat
Proton hujung '97...sorang member aku nie budak Ganu...tiket bas dia lambat
skit datenya, so terpaksa la dok kat kolej 2-3 hari lepas exam...biasa la,
time2 tu skit ja student yg ada kat blok2 kolej...malam before dia nak balik,
member aku nie ajak la sorang budak teman..borak2 punya borak, last2
tertidoq...then, tetiba member aku terjaga..dia tidoq mengadap dinding time
tu..yg herannya lampu meja study terbuka walhal dah tutup sebelum tu...then,
terdengaq buku diselak dengan kuat & semakin lama semakin cepat...member
aku tanya la kot2 kawan dia tgh belek majalah ka, tapi tak dak jawapan...panik
dah, tapi tak berani nak beralih...tetiba terdengaq mcm ada orang berulang-alik
berjalan dari tingkap ke pintu..makin lama makin laju...berpeluh dah member aku
nie....last2, dia terasa ada benda mai tidoq rapat ngan dia sampai terasa kat
belakang badan...member aku kata time tu punya la lencun berpeluh, terkumat
kamit baca macam2, nak beralih takut terpengsan plak nanti..lastly, macam mana
dia boleh tertidoq gak tgh takut camtu pun dia tak tau...terjaga pagi esoknya,
kalut2 dia pi bilik member yg teman dia semalam...tgk2 kawan tu habaq yg dia
dah balik bilik bila tgk member aku nie dah tidoq..start dari sem depan, dia
dah tak berani tido sorang2 dah.."
kisah
10 - katak ungu
"Kolej
petronas... 3 tahun aku dok situ, kat aras atas sekali..takdelah tinggi
sangat...aras 4 je...mmg hobi aku n kawan aku dok dengar kisah seram kat
radio...tak silap aku DJ yang kendalikan tu Isma Halil Hamzah kot... tido dalam
2-3 pagi mmg biasa (pastu ponteng kelas kul 8 pagi pon biasa jugak)... malam tu
mmg malas nak balik bilik tido...dari lepak bilik kawan terus tido kat situ
terus.... tibe2 ada bunyik macam benda berat yang amat (macam benda jatuh) dari
atas....roomate kawan aku selamba je cakap... "tu mesti keje orang
atas...mesin basuh ke ape yang jatuh"...aku dah mula kompius....cepat je
mulut aku tanya.. "bukan kita ke dok kat atas sekali sekarang ni?"
terus roomate aku melompat dari katil dia ke katil kawan aku..... (masa tu 2
katil dalam satu bilik)..tak tau nak cakap emosi aku time tu..takut ke nak
gelak..."
kisah
11 - norzyy
"it
was 13 years ago... tahun 1997. 1st year kat UUM. stay kolej telekom tp suka
merayap tido bilik member. satu hari tidur kat perwaja. kami 4 org masa tu.
borak2 sampai le pukul 2-3 pagi. bila mata dah ngantuk...ingat nak pi toilet le
dulu baru tido. kebetulan semuanya nak pi toilet. ok la 4 org kan...kekononnya
nak hilangkan rasa takut.. bila aku buka je pintu bilik....baru je aku nak
meyarung seliper jepun aku terpandang ada satu lembaga kat beranda toilet.
rambut panjang...tengah punggah tong sampah RENTOKIL a.k.a tong sampah pad.
terkedu aku kejap... dah keras kejung aku depan pintu. ada la kawan aku ni
tegur...."eh cepat la..kata nak gi toilet. yg ko terpacak je ni
apahal?"elok habih je ayat kawan aku tu...aku terus masuk bilik..tutup
pintu... lompat atas katil. ketiga-tiga member aku tercengang. ada sorang
member aku ni dah boleh sense something...dia tanya aku "ko nampak apa2
ke?aku cuma balas " tak yah gi lah toilet. kita tido je"......member2
aku tanpa ckp byk...terus diam...and kami terus zzzzzzzz"
kisah
12 - wanida
"kat
kolej telekom tu....terjadi pada kawan aku ..minggu exam jgk...dia stay
up...roomate dia tido....meja study dia sebelah tingkap....ms dok study...dia
dgr tingkap diketuk....mula2 dia ingat cam angin ja....tp makin lama makin
kuat...dia pelik siapa nak ketuk tingkap sbb dia duduk tingkat paling
atas....dia terpandang pintu almari bercermin yg terbuka mengadap tingkap
tu....dia nampak benda terbang di luaq....dia terus bangun n tido atas
katil.....dia dah menggigil atas katil cuba panggil roomate dia tp suara
xkuaq,tiba2 dia dengar org ketuk pintu...dia tunggu org bagi salam dulu...tp
xdak...dia pun diam sambil tarik selimut.....dia berselubung terus......pintu
asyik diketuk....dia xbagi respon...tiba2 dgr suara...."cu,buka la
pintu...nenek tau cucu tak tido lagi....buka la...."kwn aku terus tutup
telinga n baca surah2....sampai la pagi....dia demam lama juga.....huhuh"
kisah
13 - sya
"sya
grad 2002...time 2000 kalau x silap mg dah dgr citer yg pjanjian antara jin
asal kt uum tue dah tamat....so jin2 nie semua majoriti dah blk ke uum
tue....yg jd kesnyer ader 1 mlm tue...1 budak kt laluan B ader 1 girl nie kena
rasuk....girl nie katanyer social ler...suka kuar dating ggatal ngan bf dia
memalam...so antu nie pun rasuk dia...antu yg rasuk dia nie antu ppuan n
baik..dia rasuk budak ppuan nie coz nk bg warning....time pgl org berubat br
ler jin nie gtau...dia gtau dia rasuk ppuan tue coz dia nk warning ppuan tue
supaya jg tingkah laku...jgn social bkepit ngan jantan mlm kat tempat
sunyi2...jgn kuar bdua2 gitu ler...dia kata 'depa' x suka...pas tue dia warning
lg ..dia kata dlm kumpulan depa ader 1 'laki' mmg dah nak buat pedajal kt budak
uum nie coz gatai laki ppuan social nie...dia dah gtau nak p merasuk
semua..that's y antu ppuan yg merasuk nie masuk bdn ppuan tue n gtau...dia
pesan semua budak uum kena jg attitude gitu ler..klu still x reti jg..yg' laki
' nie dah get ready nk kacau"
kisah
14 - keozukie_azuma
"aq
duk kat bukit kachi kat dpp sme bank bukit kachi 2... aq skrg ni sem 3 lah...
first aq kena masa kedah banjir tahun lalu... banyak student balik kan.. aq nak
balik jauh kot kat sabah. so aq stay lah kat uum.. aq duk kat blok 16f bilik aq
kena kat wing hutan... dah 2 ada satu malam ni kat floor aq 2 cuma aq ngan sorg
lagi mmber aq dak sabah. tapi bilik kitaorg mmg jauh lah. malam 2 aq ngah stay
up on9 biasalah bila x ramai on9 wifi pun kuatlah... dah 2 dalam jam 12 malam,
aq dengar bunyi pompuan menangis kat luar tingkap aq.. bilik aq tingkat 4.. aq
terkejut terus aq pindah duk kat atas katil aq... masa 2 roomate aq xder balik
pahang.. aq sorg jer... aq xsempat nak off laptop aq... dah 2 bunyi pompuan
menangis 2 makin kuat... aq dah cuak dah mmg takut..tiba2 dari menangis bunyi
mengilai pulak sambil cakar tingkap bilik aq.. mmg dah takut sgt 2... dah 2 aq
call ayah aq... dia dgr sore aq dah semacam.. aq ingat ayah aq x dgr apa2 tapi
dia dengar bunyi mengilai selang-seli ngan bunyi pompuan menangis.. aq x letak
fon kot... setengah jam juga aq kena kacu 2.. dah2 bila aq x dengar bunyi 2
lagi aq p laptop aq pasang surah yassin kuat2... "
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tu
dia... bnyaknya cerita
yang
last sekali tu dekat sngat dengan kolej kediaman aq
hehehehheeee
aq
post semua nie bukanlah nak menakutkan korang semua
just
nak kongsikan pengalaman
senior2
n student2 y still belajar di UUM nie
cerita yang penah aq dengaq
tentang perjanjian seroang ustaz dgn jin2 kat UUM nie
makluk2 yang selalu kacau student
maklumla... tapak UUM nie dulu laluan askar jepun
ada pulak y kata ramai kna bunuh di sintok nie dulu kala
ustaz tu pindahkan semua makhluk halus guna bas
bawa pergi buang kat mana xtau la
driver bas tu dipesan supaya bawa je bas tu
xboleh toleh blakang...
dalam 5 biji bas tu nampak kosong...
tapi dari apa yang driver bas cakap
diorang rasa bas tu sangat la berat...
kisah 2! jangan tak abis baca!!
cerita dari member2 lain...katanya ada hantu nama dang
wangi...jadik hantu sebab bunuh diri...then bilik tu lama tertutup tapi dah
dibuka...so suka ganggu org sana sini...lebih time periksa
budak lelaki block A kolej aku kena rasuk...tapi yg best dia boleh cakap cina
lepas tu ...
antara tempat yg keras kat UUM adalah kat hutan sintok, kat tasik guthrie ngan
depan klinik...banyak kemalangan berlaku kat situ
dan baru aku tahu bila aku terbaca kat satu website ni...rupanya kolej aku
P...tu ada kes dulu..
"Satu cerita yang menyeramkan berlaku di Kolej Ke-3 Kolej Pernas. Semasa
uum dalam pembinaan, kawasan ni menjadi tempat latihan Pilatus TUDM. Salah
sebuah kapalterbang pilatus terhempas ti sebuah Blok di Kolej Pernas yang
mengorbankan pemandu tersebut. Menurut cerita bilik tu rosak teruk akibat rempuhan
kapalterbang tersebut. Sekarang bilik tu dikosongkan kerana terdapat gangguan
dan ramai orang takut untuk duduk di bilik tu. "
p/s bilik mana nih...siapa tahu???? aku pernah duk block C dan D jer, aku tak
pernah tahu cerita tu...betuiker kolej pernas dlm keadaan uzur sekarang ni
retak nak tunggu roboh?
cerita lain aku coppy dan paste :
1.
Cerita seram kat Sintok ada banyak. Tak tahu pulak sama ada
ianya benar atau tidak. Cerita pertama diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix.
Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan
roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan
juga benda pelik berlaku. Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut
balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz
lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti
Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu
terus lari keluar dari bilik. Bila diceritakan kepada orang lain, mereka
bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate
kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan
di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam
bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. Rupanya sudah satu
semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu Cikgu berpesan kalau boleh
nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul
atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana
kebanyakan roomate ialah orang betui.
Kata orang ada sebatang pokok besar kat tepi tasik
berhampiran dengan Dewan MAS. Pokok tu tak boleh ditebang sebab bila didekatkan
dengan gergaji rantai tiba-tiba enjinnya mati. Kemudian bila dihidupkan semula,
ia hidup balik. Bila didekatkan ke pokok tu, ianya mati balik. Bila digunakan
gergaji sorong tarik, gergaji tu patah. Lepas tu mereka pun buat keputusan tak
jadi tebang pokok tu dan ianya disimpan untuk dibuat perhiasan.
3.
Ada cerita semasa orientasi (minggu suaikenal) degree
program. Masa tu bas disediakan untuk mengangkut budak ke Dewan MAS untuk
dengar ceramah motivasi dan kaunseling. Namun bas yang disediakan selalu penuh
sebab budak ramai. Oleh itu ramai ambil keputusan untuk berjalan pulang.
Diceritakan sekumpulan budak perempuan berjalan berhampiran pokok besar di tepi
tasik. Tiba-tiba mereka terlihat mayat berbungkus (pocong) melintas. Pocong tu
melompat sebanyak tiga kali. Selepas tu terus hilang. Mereka pun begitu takut
sekali.