Rutin harian!!!
Buang semua produk kecantikan yang tidak
digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar
ingin digunakan setiap hari.
Minum 8 gelas air putih setiap hari.
Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk
tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat
berseri.
Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ terbaik
menerusi khasiat buah-buahan segar.
Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap
yang bebas minyak.
Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan
kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit
berehat seketika.
Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap
terlebih dahulu.
Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk
selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia
boleh merosakkan kulit anda.
Makanan tambahan seperti vitamin amat penting
untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak
mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga
kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.